Program Semarak Belia @ Hari Belia Negara Peringkat Daerah Johor Bahru X Jejak Juara ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang & Senai Tahun 2026 telah berjaya dilaksanakan pada 13 Mei 2026 bersempena sambutan Hari Belia Negara Tahun 2026. Program ini merupakan anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Johor Bahru dengan kerjasama ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang & Senai serta Majlis Belia Malaysia Johor Bahru.
Pelaksanaan program ini bertujuan untuk menyemarakkan semangat belia melalui penglibatan aktif dalam aktiviti sukan, rekreasi, kepimpinan dan pembangunan komuniti. Selain itu, program ini turut menjadi platform bagi mengeratkan hubungan strategik antara agensi kerajaan, institusi TVET dan pertubuhan belia di daerah Johor Bahru.
Program ini telah dirasmikan oleh Pengarah ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang & Senai, Ts Dr Hj Azli Amin Bin Ahmad Raus. Antara tetamu kehormat yang lain ialah En. Tony Azman bin Hassan, Timbalan Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor, En. Muhammad Nazri bin Kasmen, Penghulu Tertinggi, Daerah Johor Bahru selaku wakil rasmi Pegawai Daerah Johor Bahru, En. Mohammad Fadhil bin Jamal, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Johor Bahru, En. Mohammad Aliff bin Dato A.Rahim, Presiden, Majlis Belia Negeri Johor dan Encik Muhamad Farid bin Mohd Firus, Pengerusi Majlis Belia Daerah Johor Bahru.
Objektif pelaksanaan program adalah seperti berikut:
1️⃣ Menyemarakkan sambutan Hari Belia Negara peringkat daerah Johor Bahru.
2️⃣ Menyediakan platform strategik kepada pemegang taruh untuk menyumbang kepada pembangunan belia di peringkat akar umbi
3️⃣ Memperluaskan penglibatan belia hingga ke peringkat akar umbi dalam pelaksanaan Sambutan SB@HBN 2026
4️⃣ Menggalakkan penglibatan aktif golongan belia dalam aktiviti sihat dan berfaedah.
5️⃣ Mengeratkan hubungan antara Pejabat Belia dan Sukan Daerah Johor Bahru, ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang & Senai serta Majlis Belia Malaysia Johor Bahru.
6️⃣ Menaikkan semangat kecintaan dan patriotism kepada golongan belia supaya terus menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara.
Pelbagai aktiviti menarik dan berfaedah telah dilaksanakan sepanjang program berlangsung, antaranya:
✅ Senamrobik
✅ Perasmian Mural Belia
✅ Pertandiangan Bola Sepak 7 Sebelah lengkap dengan berpakaian kain pelikat
✅ Pertandingan Sukan Jejak Juara
✅ Pameran dari Majlis Belia Malaysia Daerah Johor Bahru
✅ Penyampaian hadiah dan sijil penghargaan
✅ Program Usahawan pelajar
Program berlangsung dalam suasana yang meriah dengan penglibatan semua warga Kampus Pasir Gudang & Senai.
