07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

Seramai 80 orang pelajar dari ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang telah menyertai Program Semarak Subuh bersama YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor yang berlangsung di Masjid Al-Muhajirin, Masai pada 13 Mei 2026.

Program yang bermula seawal jam 5.30 pagi ini bertujuan menyemarakkan budaya mengimarahkan masjid dalam kalangan anak muda serta memupuk nilai kerohanian, perpaduan dan jati diri pelajar.

Para peserta bersama-sama menunaikan solat Subuh berjemaah serta mengikuti pengisian dan amanat yang disampaikan kepada masyarakat dan golongan belia yang hadir. Kehadiran pelajar dalam program ini mencerminkan komitmen ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dalam melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam kemahiran dan akademik, malah turut memiliki sahsiah serta nilai spiritual yang baik.

Semoga program seperti ini terus menjadi platform dalam membentuk generasi muda yang berilmu, berakhlak dan berjiwa ummah.

Skip to content