Satu Sesi Libat Urus Dasar Perburuhan anjuran KESUMA telah berlangsung dengan jayanya pada 26 Januari 2026, melibatkan sesi penerangan serta perbincangan berkaitan isu dan hala tuju dasar perburuhan semasa.
Program yang berlansung di Hotel Opero, Johor Bahru ini telah dihadiri oleh:
-Timbalan Pengarah Latihan, Ts. Eza Bt Monzaid
-Timbalan Pengarah Operasi, Tuan Hj Zuraidy bin Kadir
-Penolong Pengarah CESS, Pn. Norina Bt Andang
-Pegawai-pegawai dari Unit Pentadbiran
Sesi ini memberi pendedahan yang bermanfaat serta membuka ruang perbincangan dua hala dalam memperkukuhkan kefahaman dan pelaksanaan dasar perburuhan yang lebih berkesan selari dengan keperluan semasa industri dan institusi latihan.
