JTDC telah menjemput satu sesi mesyuarat bersama Vertiv Technology (M) Sdn. Bhd. yang berlangsung di Pejabat JTDC, Menara IIB pada 24 Disember 2025. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh Pegawai JTDC En Shamsul Nizam b. Abdul Rahman, pegawai CESS ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai, serta ADTEC JTM Kampus Batu Pahat yang diwakili oleh Pengarah, Timbalan Pengarah dan pegawai CESS. Turut hadir adalah wakil dari IKM Johor Bahru.
Perbincangan memfokuskan kepada:
-Kerjasama strategik antara institusi latihan TVET dan industri
-Peluang penempatan latihan industri dan peluang pekerjaan kepada pelajar
-Perancangan dan sokongan industri bagi Program Karnival Kerjaya
-Karnival Kerjaya ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang
25 Januari 2026
Diharapkan kerjasama ini dapat membuka lebih banyak peluang kepada graduan TVET serta mengukuhkan jaringan antara institusi latihan dan pihak industri.
