12 Mac 2026 | Satu Sesi Pengenalan Program Vista i-Plus Dual Vocational Training (VDVT) telah dilaksanakan di ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang melibatkan pelajar Program Teknologi Fabrikasi Struktur Logam (Minyak & Gas) Semester 2.
Sesi taklimat ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada para pelajar mengenai konsep, struktur pelaksanaan serta peluang kerjaya yang ditawarkan melalui program VDVT. Program ini merupakan satu inisiatif kerjasama strategik antara pihak industri dan institusi latihan yang menggabungkan latihan kemahiran di institusi bersama latihan praktikal secara berstruktur di industri.
Taklimat ini telah disampaikan oleh wakil daripada pihak Petronas Vista i-Plus iaitu: Pn. Nurul Najat binti Ahmad dan Pn. Nur Syazwani binti Kenny Yusof
Turut hadir memberi taklimat dan perkongsian industri ialah wakil daripada Malaysia Marine and Heavy Engineering Sdn Bhd (MMHE) iaitu En. Mislan bin Pomin dan En. M. Razali bin Abdullah
Melalui sesi ini, para pelajar telah diberikan gambaran jelas mengenai peluang pembangunan kerjaya dalam industri minyak dan gas, di samping memahami manfaat penyertaan dalam program VDVT yang menekankan pendekatan latihan berasaskan industri .
Diharapkan pendedahan ini dapat meningkatkan minat serta motivasi pelajar untuk menyertai program VDVT pada masa akan datang, sekali gus memperkukuhkan kebolehpasaran graduan TVET dalam industri.
ADTEC JTM Pasir Gudang terus komited dalam memperkukuhkan kerjasama strategik bersama industri bagi melahirkan tenaga kerja mahir yang kompeten dan berdaya saing.
