Satu sesi perbincangan telah diadakan bersama Johor Talent Development Council (JTDC), PERKESO, serta ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai bertempat di ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang pada 29 Disember 2025.
Perbincangan ini memfokuskan kepada kolaborasi pelaksanaan Program Karnival Kerjaya yang dijadualkan berlangsung pada 25 Januari 2026 di ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang.
Program ini diharapkan dapat menjadi platform terbaik dalam menghubungkan institusi TVET, pencari kerja dan pihak industri, sekali gus menyokong pembangunan bakat serta peluang kerjaya khususnya di negeri Johor.
