07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

Sesi Perbincangan Pemadanan Kerjaya (Job Matching) antara institusi latihan dan pihak majikan telah berlangsung di Pejabat JTDC, IIB Iskandar Puteri pada 18 Disember 2025. Program ini menjadi platform penting dalam merapatkan hubungan strategik antara institusi latihan dan industri bagi menyokong agenda TVET Johor serta pembangunan bakat tempatan.

ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang telah diwakili oleh Pegawai CESS, Tc. Megat Faizar dan Puan Marlina. Perbincangan memberi fokus kepada peluang kerjasama industri–institusi, penempatan graduan TVET, serta tawaran pekerjaan oleh majikan termasuk penawaran Gaji Premium Johor selaras dengan keperluan industri berteknologi dan berkemahiran tinggi.

Inisiatif ini menyokong usaha Kerajaan Negeri Johor dan JTDC dalam menyediakan peluang pekerjaan bergaji premium kepada graduan TVET, seterusnya meningkatkan kebolehpasaran graduan, mengekalkan bakat tempatan dan memperkukuh ekosistem tenaga kerja berkemahiran di Johor. Terima kasih JTDC atas jemputan dan komitmen berterusan dalam memacu kerjasama strategik industri dan institusi latihan demi masa depan TVET Johor.

Skip to content