07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

Satu sesi perbincangan telah diadakan bersama wakil Senai Desaru Expressway Berhad (SDE) E22, iaitu Ts Syed Ahmad Fairuz bin Syed Abdul Aziz dan Pn Raqeema Ghazali, bertempat di ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang pada 28 Julai 2025. Pihak ADTEC JTM telah diwakili oleh pegawai-pegawai dari CESS. Perbincangan ini melibatkan kerjasama strategik dalam penganjuran Program Ambang Merdeka SDE 2025 serta peluang pelaksanaan program bersama yang lain.

Antara intipati perbincangan dan hasil positif yang dicapai ialah:

✅ Penyertaan ADTEC JTM dalam Program Ambang Merdeka sebagai pempamer, serta menyediakan ruang promosi kursus jangka pendek kepada pengunjung.

✅ Jemputan daripada pihak ADTEC kepada SDE untuk menyertai Kursus Asas Sistem Hybrid dan EV.

✅ Pihak SDE juga menjemput pelajar-pelajar ADTEC untuk mengadakan sesi lawatan sambil belajar ke Jambatan Desaru – satu peluang pembelajaran luar bilik darjah yang sangat bermakna.

Kolaborasi ini diharap dapat memperkukuh hubungan antara institusi pendidikan teknikal dan pihak industri serta membuka lebih banyak ruang kepada pembangunan kemahiran pelajar yang selari dengan keperluan semasa.

Skip to content