Sesi perbincangan telah diadakan pada 26 Mei 2026 antara Pegawai Bahagian Hubungan Industri dan Komunikasi Korporat ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang, Puan Norina binti Andang bersama Pegawai Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Negeri Johor, Encik Amirul bin Abdul Razak bagi membincangkan cadangan pelaksanaan program outreach TVET bersama komuniti Orang Asli.
Perbincangan ini memberi fokus kepada beberapa cadangan kerjasama antaranya pelaksanaan program berkaitan pendidikan dan latihan TVET kepada komuniti Orang Asli, cadangan program Environmental, Social and Governance (ESG) bersama komuniti Orang Asli dan Perbadanan Taman Negara Johor (PTNJ), serta usaha meluaskan jaringan kerjasama dalam memperkasakan TVET dalam kalangan masyarakat Orang Asli di peringkat kebangsaan.
Inisiatif ini dilihat mampu membuka lebih banyak peluang pembangunan kemahiran, pendedahan pendidikan teknikal serta penglibatan komuniti secara lebih menyeluruh selaras dengan aspirasi memperkasakan agenda TVET negara secara inklusif dan mampan. Semoga hasil perbincangan ini menjadi pemangkin kepada pelaksanaan program berimpak tinggi yang dapat memberi manfaat kepada komuniti Orang Asli serta memperkukuhkan jaringan strategik antara institusi, agensi dan komuniti.
