27 Februari 2026 | Bilik Perbincangan CESS, ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang
Satu sesi perbincangan strategik bagi pelaksanaan Program Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan Peringkat Negeri Johor telah diadakan pada 27 Februari 2026 bertempat di Bilik Perbincangan CESS, ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang.
Sesi ini melibatkan kunjungan rasmi wakil Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor yang diketuai oleh Puan Fadhilah Binti Hj Tahar. ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang diwakili oleh Tn. Hj. Noorazam bin Yaakob, Pegawai BPPL.
Perbincangan memberi fokus kepada penglibatan pelajar ADTEC dalam beberapa pengisian utama program peringkat negeri, antaranya penyertaan dalam program tadarus Al-Quran, pertandingan azan, pertandingan tilawah Al-Quran serta pertandingan nasyid.
Inisiatif kolaborasi ini bertujuan memupuk serta memperkasa keilmuan agama dalam kalangan pelajar TVET, di samping melahirkan generasi muda yang seimbang dari aspek kemahiran teknikal dan pembangunan rohani.
Kerjasama strategik antara ADTEC dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor ini diharap dapat memperluas platform penglibatan pelajar dalam aktiviti berteraskan nilai Islam serta memperkukuh pembinaan sahsiah dan kepimpinan belia.
