Satu sesi perbincangan strategik tiga pihak telah diadakan pada 16 Februari 2026 di ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah (PL), Puan Eza Bt Monzaid bagi memperkukuh agenda pembangunan tenaga mahir tempatan.
Perbincangan ini melibatkan wakil JTDC, En. Shamsul Nizam bin Abdul Rahman, wakil ADTEC (Pegawai CESS) serta Ketua Kampung Pasir Gudang Baharu, Tuan Daud bin Ahmad.
Fokus utama adalah kerjasama antara JTDC, ADTEC dan komuniti setempat dalam membangunkan belia Pasir Gudang supaya dilatih sebagai tenaga mahir berpendapatan tinggi serta ditempatkan dalam sektor industri yang memerlukan kepakaran teknikal.
Antara perkara yang dibincangkan:
✅ Penentuan jenis latihan mengikut keperluan industri
✅ Pelaksanaan Program Tajaan Pro-Mahir di ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang
✅ Penganjuran Program Job Match bagi padanan terus majikan dan peserta
✅ Pelaksanaan Career Fair sebagai platform pendedahan kerjaya dan peluang pekerjaan kepada belia setempat
Inisiatif ini mencerminkan komitmen bersepadu antara institusi latihan, pihak industri dan komuniti dalam memperkasa belia Johor melalui laluan TVET yang tersusun, strategik dan berimpak tinggi.
Semoga usaha ini menjadi pemangkin kepada peningkatan ekonomi komuniti Pasir Gudang melalui peluang pekerjaan mahir dan berpendapatan tinggi.
