07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

Satu sesi perbincangan strategik telah diadakan antara syarikat Refzen Sdn Bhd dan JTDC bertempat di ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang pada 16 Februari 2026 bagi membincangkan kerjasama pembangunan bakat melalui program Akademi KUMAI.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah (PL), Puan Eza Bt Monzaid. Pihak JTDC diwakili oleh En. Shamsul Nizam bin Abdul Rahman manakala pihak Refzen Sdn Bhd diwakili oleh En. Zamri.

Perbincangan tertumpu kepada peluang latihan dan kerjasama strategik bagi membangunkan belia Johor melalui program berstruktur yang berfokus kepada industri minyak dan gas di Johor. Inisiatif ini bertujuan meningkatkan kebolehpasaran graduan TVET serta menyediakan laluan kerjaya yang lebih jelas dan kompetitif dalam sektor industri berimpak tinggi.

Semoga kolaborasi ini menjadi pemangkin kepada pembangunan modal insan Johor yang berkemahiran tinggi dan memenuhi keperluan industri masa hadapan.

Skip to content