21 Januari 2026 | Satu sesi perbincangan strategik telah diadakan bersama ADTEC JTM Pasir Gudang bagi membincangkan pelaksanaan Program VISTA i-Plus Dual Vocational Training (VDVT) secara menyeluruh dan berfasa. Pihak petronas diwakili oleh En Zaimi Ahmad , Pn Nur Syazwani Binti Kenny Yusoff dan Pn Nurul Najat Binti Ahmad dari bahagian Human Resource Management -Petroleum Engineering Training.
Manakala Adtec JTM Kampus Pasir Gudang dihadiri oleh Timbalan Pengarah Latihan, Timbalan Pengarah Operasi, PP BKKL, CESS ,BPPL dan wakil dari bahagian Tek. Kimpalan dan Tek. Fabrikasi Struktur Logam. Sesi ini bertujuan untuk menyelaras struktur program, tempoh dan kaedah pelaksanaan, selain memperincikan peranan pihak ADTEC JTM dan rakan pelaksana dalam memastikan keberkesanan pelaksanaan program selari dengan standard TVET dan keperluan industri semasa.
Antara fokus utama perbincangan merangkumi:
▪️ Struktur dan kaedah pelaksanaan Program VDVT
▪️ Peranan Adtec JTM dan tanggungjawab pihak terlibat
▪️ Keperluan fasiliti, tenaga pengajar serta mekanisme penilaian dan jaminan kualiti
▪️ Perancangan tindakan susulan dan garis masa pelaksanaan
Diharap dengan kerjasama strategik ini dapat memperkukuh ekosistem TVET serta menyokong pembangunan tenaga kerja berkemahiran tinggi yang mampan dan berdaya saing.
