07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

Pada 16 Mac 2026, satu sesi perjumpaan telah diadakan bersama YB Hj Baharudin bin Mohamed Taib, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas Jaya, bagi membincangkan potensi kerjasama strategik antara ADTEC, JTDC dan pihak ADUN.

ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai diwakili oleh Tc. Megat Mohamad Faizar bin Abdul Wahab, manakala pihak JTDC diwakili oleh En. Shamsul Nizam bin Abdul Rahman.

Perbincangan memberi fokus kepada pelaksanaan program latihan kemahiran khas yang mensasarkan belia Johor, khususnya dalam meningkatkan kebolehpasaran pekerjaan serta peluang penempatan kerja selepas tamat latihan.

Antara bidang yang dicadangkan:
🔹 Blasting & Painting
🔹 Automotif

Inisiatif ini diharap dapat membuka lebih banyak peluang kepada belia untuk mendapatkan kemahiran yang relevan dengan keperluan industri serta terus diserap ke alam pekerjaan.

Skip to content