JTDC JobMatch bersama MyFutureJob, ADTEC PG dan UMJ Engineering Sdn Bhd telah menganjurkan sesi temuduga di ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang pada 17 Mac 2026. UMJ Engineering diwakili oleh Pengurus Sumber Manusia, Cik Amelia. Selain itu, wakil daripada JTDC dan PERKESO turut hadir bagi memberi penerangan mengenai peluang kerjaya, faedah sosial dan sokongan latihan kepada graduan dan pelajar.
Seramai 44 pelajar daripada program Teknologi Penyelenggaraan Mekanikal dan Juruelektrik telah menyertai sesi temuduga dan taklimat kerjaya. Sesi ini bertujuan menghubungkan pelajar dengan peluang pekerjaan sebenar, memberi pendedahan kepada proses temuduga industri serta menerangkan hak dan perlindungan sosial yang disediakan melalui PERKESO.
Kami merakamkan penghargaan kepada UMJ Engineering Sdn Bhd, JTDC, PERKESO, pihak pengurusan ADTEC serta semua pihak penganjur dan penyokong atas kerjasama padu dalam menjayakan program ini. Semoga inisiatif sebegini terus membantu meningkatkan kebolehpasaran pelajar dan membuka laluan kerjaya yang lebih mampan.
