Pada 15 Mei 2026, pihak Johor Talent Development Council yang bertempat di Bangunan IIB, Iskandar Puteri bersama ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai yang diwakili oleh Tc. Megat Mohamad Faizar bin Abdul Wahab, dengan kerjasama strategik bersama SMI dalam pembangunan modal insan Johor, telah mengadakan sesi temuduga terbuka bagi Program PRO-MAHIR.
Program ini menawarkan peluang latihan dan penempatan pekerjaan dalam bidang Blasting & Painting Operator serta Automotif, yang dijadualkan berlangsung pada 18 Mei 2026 di ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang .
Sesi temuduga ini melibatkan penyertaan daripada masyarakat Orang Asli, pelajar tahfiz serta golongan rentan, selaras dengan usaha memperkasakan pembangunan bakat dan kebolehpasaran tenaga kerja di negeri Johor.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak SMI atas komitmen dan sokongan dalam menjayakan program pembangunan kerjaya dan kemahiran ini.
