07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

Senai, 17 Mac 2026 – ADTEC JTM Kampus Senai telah berjaya menganjurkan Simple Home Improvement Workshop to Flextronics Female Workers yang melibatkan seramai 13 orang peserta wanita daripada Flextronics Shah Alam Sdn. Bhd. (Cawangan PTP) sempena Hari Wanita Sedunia 2026 sebagai usaha memperkasa wanita dengan kemahiran praktikal yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

Sepanjang bengkel ini, para peserta telah didedahkan kepada modul:
🔹 Basic Home Electric Wiring
🔹 Basic Piping
🔹 Basic Aircond Service

Peserta turut berpeluang menjalani latihan secara hands-on dengan bimbingan tenaga pengajar berpengalaman, sekaligus meningkatkan keyakinan diri dalam melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan asas di rumah. Program ini bukan sahaja memberi nilai tambah kepada peserta, malah mengukuhkan lagi hubungan kerjasama antara ADTEC dan pihak industri.

Skip to content