07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

31 Mac 2026 – Program Skuad ADTECPGS On-Spot telah dilaksanakan bersempena pengumuman keputusan SPM 2025 bagi memberi pendedahan awal kepada para lepasan SPM mengenai peluang melanjutkan pengajian dalam bidang kemahiran.
Antara objektif utama program ini adalah:

  • Memberikan maklumat berkaitan kursus yang ditawarkan di ADTEC.
  • Menerangkan syarat kemasukan kepada lepasan SPM.
  • Memberi khidmat nasihat berkaitan hala tuju kerjaya.
  • Membantu pelajar membuat permohonan kemasukan secara terus (on-spot).
    Program ini dilaksanakan secara turun padang ke 11 buah sekolah terpilih sekitar kawasan Pasir Gudang, Johor Bahru dan Kota Tinggi. Pendekatan ini bertujuan mendekati pelajar secara langsung di sekolah masing-masing.

Antara sekolah telah terlibat dalam program ini, iaitu:

  1. SMK Pasir Gudang 3
  2. SMK Taman Pasir Putih
  3. SMK Kota Masai 2
  4. SMK Taman Scientex
  5. SMK Taman Rinting 2
  6. SMK Tanjung Puteri Resort
  7. SMK Permas Jaya
  8. SMK Taman Seri Saujana, Kota Tinggi
  9. SMK Damansara Aliff
  10. SMK Sungai Tiram
  11. SMK Tanjung Datuk

Sepanjang program berlangsung, beberapa aktiviti utama telah dilaksanakan seperti:

  • Penerangan mengenai program dan kursus yang ditawarkan di ADTEC
  • Sesi soal jawab bersama pelajar
  • Khidmat nasihat berkaitan laluan kerjaya
  • Bantuan permohonan kemasukan secara terus di lokasi

Secara keseluruhannya, Program Skuad ADTECPGS On-Spot sempena pengumuman SPM 2025 telah berjaya mencapai objektif yang ditetapkan. Program ini bukan sahaja memberi pendedahan kepada pelajar, malah membantu mereka merancang masa depan dengan lebih terarah. Usaha turun padang ini wajar diteruskan pada masa hadapan bagi memastikan lebih ramai pelajar mendapat manfaat.

Skip to content