07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

3 Mac 2026 – Jawatankuasa Kerja (JKK) Surau ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang telah menganjurkan Program Solat Sunat Gerhana Bulan bertempat di Surau Al-Mawaddah sebagai tanda keinsafan dan penghayatan terhadap kebesaran Allah SWT. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yasin dan tahlil, diikuti dengan doa selamat bagi memohon kesejahteraan serta keberkatan buat seluruh warga kampus.

Bersempena bulan Ramadan, warga kampus turut bersama-sama dalam majlis berbuka puasa yang berlangsung dalam suasana penuh ukhuwah dan kesederhanaan. Kemuncak program ialah Solat Sunat Gerhana Bulan yang dipimpin oleh Ustaz Mohamad Ariff Afdlin bin Faizan.

Seusai solat, beliau menyampaikan khutbah gerhana, mengingatkan para jemaah bahawa fenomena gerhana merupakan tanda kebesaran Allah SWT serta menyeru agar umat Islam memperbanyakkan istighfar, doa dan amalan soleh ketika berlakunya gerhana sebagaimana yang diajarkan oleh Rasulullah SAW. Program diteruskan dengan solat Isyak dan solat sunat Tarawih secara berjemaah, yang turut disertai oleh warga kampus dalam suasana penuh khusyuk dan harmoni.

Program ini turut diserikan dengan kehadiran Pengarah ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang, Ts. Dr. Azli Amin bin Ahmad Raus, yang bersama-sama menyertai program sebagai tanda sokongan terhadap usaha pengimarahan surau kampus. Program telah berjalan dengan lancar dan mencapai objektif dalam memperkukuh penghayatan ibadah serta menyemarakkan amalan sunnah dalam kalangan warga kampus.

Pihak JKK Surau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini. Semoga penganjuran program seumpama ini dapat diteruskan demi membentuk sahsiah dan spiritual warga ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang.

Skip to content