PASIR GUDANG, 23 April 2026 – Jawatankuasa Pemandu Techlearn ePro sekali lagi membuktikan komitmen dalam memperkasakan modal insan melalui penganjuran Bengkel Hands-On TechLearn ePRO Siri 5. Program yang berlangsung di Huawei Classroom,
ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang ini, bertujuan memastikan setiap pelatih bukan sahaja mahir mengendalikan mesin, malah cekap menggunakan platform digital dalam ekosistem industri 4.0. Dikendalikan oleh barisan fasilitator dari JAPI dan BPSM; Pn. Punitha Bangaraiyah, En. Muhammad Hamzi Bin Mohammad Husham, En. Perabakaran Marthava, dan Pn. Suhana Binti Sujangi.
Peralihan Metodologi: Penerapan sistem TechLearn dalam bengkel kali ini berfungsi sebagai pemacu utama (enabler) yang memudahkan peserta mengakses manual teknikal, video tutorial, dan modul interaktif secara digital terus dari stesen kerja mereka.
Maksimumkan Latihan Amali: Melalui fungsi ePRO, setiap kemajuan tugasan praktikal dapat direkodkan secara real-time, membolehkan tenaga pengajar memantau tahap kompetensi peserta dengan lebih teliti dan sistematik, sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada dokumentasi kertas yang konvensional.
Pihak penganjur berharap agar ilmu yang ditimba sepanjang bengkel ini dapat diaplikasikan sepenuhnya di tempat kerja bagi meningkatkan produktiviti. Langkah proaktif juga akan dirangka bagi memastikan siri akan datang terus mendapat sambutan yang lebih menyeluruh daripada semua bengkel bagi memastikan kelestarian kemahiran teknikal di ADTEC Pasir Gudang.
