07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

Senai, 4 Mac 2026 – ADTEC JTM Kampus Senai telah menganjurkan program Symfoni Ramadan: Bubur Lambok Santun Komuniti pada 4 Mac 2026 bersempena bulan Ramadan al-Mubarak.
Program ini bertujuan menyemarakkan amalan bersedekah serta mengukuhkan hubungan silaturahim antara institusi dan komuniti setempat.

Program ini melibatkan aktiviti gotong-royong memasak bubur lambok yang disertai oleh warga kerja dan para pelajar ADTEC JTM Kampus Senai. Semangat kerjasama dan kebersamaan yang ditunjukkan mencerminkan nilai murni serta budaya kerja berpasukan dalam kalangan warga institusi.

Sebanyak ratusan bekas bubur lambok telah diagihkan kepada beberapa agensi dan institusi sekitar Senai sebagai tanda penghargaan serta santunan Ramadan, antaranya:
SIRIM Berhad
Polis Diraja Malaysia (Balai Polis)
Kementerian Kesihatan Malaysia (Klinik Kesihatan)
Klinik Desa
Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR)
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Balai Bomba)
Masjid Taman Aman

Agihan ini bukan sahaja sebagai simbol penghargaan kepada petugas barisan hadapan dan penjawat awam, malah sebagai usaha memperkukuhkan jaringan kerjasama strategik antara ADTEC JTM Kampus Senai dan komuniti setempat.

Penganjuran program ini diharap dapat terus menjadi platform memperkasa nilai ihsan, memperkukuh hubungan komuniti serta menyuburkan budaya kebajikan dalam kalangan warga ADTEC JTM Kampus Senai, selaras dengan aspirasi melahirkan modal insan yang seimbang dan berakhlak mulia.

Skip to content