07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

Telah berlangsung dengan jayanya program Taharah Excellence: Bengkel Amali Bersuci yang bertujuan meningkatkan kefahaman serta kemahiran amali bersuci dalam kalangan pelajar pada 4 Februari 2026 di Surau Al-Mawaddah, ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang.

Program ini dikendalikan oleh fasilitator yang terdiri daripada barisan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) serta pelajar senior terlatih, yang berkongsi ilmu dan tunjuk ajar secara praktikal melibatkan kaedah bersuci yang betul menurut syariat.

Sepanjang bengkel berlangsung, para peserta diberi pendedahan secara teori dan amali merangkumi aspek taharah dalam kehidupan seharian bagi memastikan ibadah dapat dilaksanakan dengan lebih sempurna dan yakin.

Semoga ilmu yang diperoleh dapat diamalkan dalam kehidupan harian serta menjadi asas dalam melahirkan generasi pelajar yang berilmu, berakhlak dan cemerlang. Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua fasilitator dan peserta yang telah menjayakan program ini.

Skip to content