Temuduga Blasting Painting Operator Siri 3 telah berlangsung pada 21 April 2026, bertempat di ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang di bawah Program PRO-MAHIR 2026.
Program ini merupakan hasil kerjasama strategik antara ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang & Senai bersama JTDC dalam usaha memperkasa belia dengan kemahiran industri serta membuka peluang pekerjaan yang lebih luas. Sesi temuduga ini memberi ruang kepada para peserta untuk:
🔹 Menunjukkan kemahiran dan potensi diri
🔹 Mendapat peluang latihan berstruktur
🔹 Menyertai laluan kerjaya dalam bidang blasting & painting
Inisiatif ini selaras dengan matlamat melahirkan tenaga kerja mahir yang memenuhi kehendak industri semasa. Tahniah dan semoga berjaya kepada semua peserta yang hadir!
