07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

8 Mac 2026 | ADTEC JTM Kampus PG – Program Zero To Hero (Automotif Servis Selepas Jualan) terus mendapat sambutan daripada Belia Johor yang berminat untuk membina kerjaya dalam bidang automotif.

Program ini merupakan kerjasama strategik antara ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang & Senai bersama JTDC, yang memberi peluang kepada belia mengikuti latihan intensif selama 45 hari melalui konsep Train & Place.

Sepanjang tempoh latihan, peserta akan diberi pendedahan kemahiran asas servis automotif, penyelenggaraan kenderaan serta pengalaman praktikal sebelum ditempatkan bekerja di bengkel-bengkel automotif yang bekerjasama dengan ADTEC.

Lebih menarik, sesi temuduga kali ini turut menyaksikan penyertaan dua orang belia Orang Asli yang hadir untuk merebut peluang meningkatkan kemahiran dan membina masa depan dalam industri automotif.

Inisiatif ini selari dengan usaha memperkasa TVET sebagai laluan kerjaya utama belia, seterusnya membuka lebih banyak peluang pekerjaan dalam sektor automotif.

Tahniah kepada semua calon yang hadir. Semoga program ini menjadi titik permulaan kepada perjalanan kerjaya yang lebih cemerlang.

Skip to content