07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

Bahagian CESS ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang & Senai telah berjaya menganjurkan Temuduga Terbuka Program PRO-MAHIR 2026 yang berlangsung pada 19 April 2026 di ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang.

Program ini melibatkan bidang:
1️⃣ Automotif
2️⃣ Blasting Painting Operator

Inisiatif ini merupakan hasil kerjasama strategik antara JTDC dan ADTEC JTM dalam usaha memperkasa belia Johor dengan kemahiran industri serta membuka peluang pekerjaan selepas tamat latihan.

Terima kasih kepada semua peserta yang hadir dan menunjukkan komitmen tinggi dalam membina masa depan kerjaya masing-masing. Semoga program ini terus menjadi platform terbaik dalam melahirkan tenaga kerja mahir dan berdaya saing!

Skip to content