Biro Kerohanian Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang telah menganjurkan program TUNE UP SOLAT – Bengkel Amali Solat bertempat di Surau Al Mawaddah pada 12 – 13 Mei 2026.
Program ini memberi tumpuan kepada pemeriksaan dan pemantapan amali solat pelajar melalui pendekatan praktikal dan bimbingan secara terus oleh fasilitator.
Antara pengisian utama program ialah:
- pemeriksaan rukun bacaan dalam solat,
- pemantapan rukun-rukun perbuatan solat,
- amali pembinaan dan pelurusan saf,
- serta sesi tasmik bacaan solat bagi memastikan bacaan pelajar lebih tepat dan sempurna.
Program ini dilaksanakan bagi membantu pelajar memperbaiki serta memperkemaskan kualiti ibadah solat dalam kehidupan seharian di samping meningkatkan keyakinan pelajar dalam melaksanakan solat dengan betul mengikut tuntutan syarak.
Pendekatan santai dan berbentuk amali yang digunakan sepanjang program turut memberi ruang kepada pelajar untuk bertanya secara terus berkaitan kesalahan-kesalahan lazim ketika solat serta memperbetulkan bacaan dan pergerakan dengan lebih berkesan.
Pihak penganjur berharap program seperti ini dapat diteruskan secara berkala dalam usaha membudayakan penghayatan solat yang lebih sempurna dalam kalangan pelajar TVET.
