07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

Biro Kerohanian Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang telah berjaya menganjurkan program “Ukhwah Filling Station” bertempat di Surau ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang pada 7 Mei 2026. Program ini melibatkan aktiviti gotong-royong memasak aglio olio, jamuan santai serta majlis penutup Program Kemahiran Solat.

Penganjuran program ini bertujuan mengeratkan ukhuwah sesama pelajar di samping menyemai nilai kerjasama, kebersamaan dan semangat kekeluargaan dalam suasana yang harmoni dan positif.

Antara pengisian utama program ialah aktiviti memasak secara gotong-royong yang mendapat penglibatan aktif daripada para pelajar bersama ahli jawatankuasa program. Selain itu, sesi jamuan santai turut menjadi medium interaksi yang lebih dekat antara pelajar serta penggerak program.
Majlis ini juga menjadi simbolik penutup bagi Program Kemahiran Solat yang telah dilaksanakan sebelum ini dalam usaha memperkukuhkan kefahaman serta penghayatan ibadah solat dalam kalangan pelajar.

Penganjuran program seperti ini diharapkan dapat melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang kemahiran dan akademik, malah memiliki sahsiah diri yang baik serta semangat ukhuwah yang kukuh.

Pihak penganjur turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan komitmen dalam menjayakan program ini.

Skip to content