Telah berlangsung satu program syarahan dan kempen kepimpinan mahasiswa bertajuk “Vote with Value: Pemimpin Dipilih, Amanah Dipikul” pada 26 Januari 2026, bertempat di Surau Al Mawaddah, ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang.
Program ini dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan Latihan dan Pelajar (BPLP) dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) ADTEC JTM, melibatkan penyertaan mahasiswa dari Kampus Pasir Gudang dan Kampus Senai.
Objektif penganjuran adalah untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada pelajar mengenai kepentingan memilih pemimpin yang berintegriti, beramanah dan berlandaskan nilai murni, selaras dengan prinsip kepimpinan dalam Islam serta etika mahasiswa.
Pengisian program menekankan peranan mahasiswa sebagai agen perubahan, tanggungjawab dalam proses pemilihan kepimpinan serta keperluan menjadikan nilai agama dan akhlak sebagai asas dalam membuat keputusan. Pendekatan syarahan dan kempen yang santai namun berfokus berjaya menarik minat serta penglibatan para peserta.
Diharapkan program ini dapat melahirkan barisan pemimpin mahasiswa yang berwibawa, berakhlak dan bertanggungjawab, seterusnya menyumbang kepada pembentukan ekosistem kampus yang harmoni dan progresif.
