07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

Pada 22 Januari 2026 telah berlangsung dengan jayanya program WUDUK PRO, sebuah bengkel amali yang memberi fokus kepada pemahaman dan praktikal wuduk yang sah serta menepati sunnah.

Program ini dianjurkan oleh Biro Kerohanian Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan telah dikendalikan oleh fasilitator-fasilitator terlatih yang berpengalaman dalam bimbingan ibadah secara praktikal.

Sepanjang program, para peserta didedahkan dengan:
✔️ Konsep asas bersuci
✔️ Kesalahan lazim dalam wuduk
✔️ Amali wuduk secara langsung
✔️ Perkongsian hikmah dan kepentingan wuduk dalam ibadah harian

Pendekatan hands-on yang digunakan menjadikan suasana bengkel lebih interaktif, santai dan mudah difahami oleh para peserta.
Diharapkan program ini dapat membantu meningkatkan kualiti ibadah serta membentuk kefahaman yang lebih jelas tentang kepentingan wuduk yang sempurna.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua fasilitator, urus setia dan peserta yang telah menjayakan program ini.

Skip to content