


Program Derma Darah BSMM
Program Derma Darah anjuran bersama BSMM ILP Pasir Gudang dan Unit Transfusi Hospital Sultan Aminah (HSA), Johor bertempat Di Dewan ILPPG. Melibatkan hampir 200 orang pelajar dan kakitangan ILP Pasir Gudang.
PISPA ILPPG sebagai Petugas Kawalan Padang
Angkatan Pertahanan Awam PISPA ILP Pasir Gudang bertugas mengawal keselamatan padang Festival Layang- Layang Sedunia Pasir Gudang Kali ke-22 (22 Feb – 26 Feb 2017). Dianggotai Oleh 52 orang (termasuk pelajar dan pegawai penyelaras ILPPG).
Lawatan Ke Pusat Perlindungan Wanita Baitus Solehah
Program Gotong Royong dan Sesi Perkongsian Jauhi Zina anjuran Asrama Puteri ILP Pasir Gudang Sesi 2/2016 dan Pusat Perlindungan Wanita Baitus Solehah.
Program Mesra Bersama Warga Emas
Program Warga Emas bersama Panel Kesihatan Kota Masai bertempat di Pusat Warga Emas Taman Rinting. Seramai 18 orang pelajar ILP Pasir Gudang terlibat bagi menjayakan program ini.