07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my
Pengenalan

tdBahagian Teknologi Pembuatan Perkakasan-Dai mengajar pelajar-pelajar tentang asas-asas penggunaan mesin konvesional seperti mesin larik, kisar dan canai serta mesin CNC seperti CNC Lathe, CNC Milling, CNC EDM Wire Cut, CNC EDM Die Sinker dan CNC Grinding. Pelajar juga akan diajar cara-cara membuat die dari peringkat merekabentuk, pembuatan, pemasangan, mengenalpasti kecacatan atau kerosakan sehinggalah penghasilan produk. Selain itu juga pelajar akan didedahkan tentang keadah-kaedah pengukuran seperti CMM.

Program Kursus yang ditawarkan
i. Sijil Teknologi Pembuatan Perkakasan-Dai (SKM Tahap 3 dan Sijil Teknologi)

Persijilan

Sijil Teknologi Pembuatan Perkakasan-Dai

i. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 – MC-050-2:2012 – Operasi Pemesinan

ii. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 – MC-031-3:2015 – Metal Stamping Die Making 

iii. Sijil Teknologi Pembuatan Perkakasan-Dai oleh Jabatan Tenaga Manusia (JTM)

Kelayakan Masuk

i. Warganegara Malaysia;
ii. Berumur 17 hingga 35 tahun;
iii. Memiliki SPM dengan:

  • Lulus Bahasa Melayu,
  • Lulus Matematik/ Matematik Tambahan,
  • Lulus Sejarah;
  • Lulus Satu (1) subjek lain selain (a) dan (b).

iv. Tidak buta/buta warna /rabun /pekak (tanpa alat bantuan) /bisu /cacat fizikal/ anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.

Tempoh Latihan

Sijil Teknologi Pembuatan Perkakasan-Dai
Latihan teori dan amali : 2 tahun
Latihan Industri: 3 Bulan

Modul Teras

Sijil Teknologi Pembuatan Perkakasan-Die

Sem 1

  • Engineering Drawing
  • Benchwork
  • Machine & Equipment Maintenance
  • Turning Operation
  • Milling Operation
  • Grinding Operation

Sem 2

  • Single And Compound Die Design
  • CNC Turning
  • CNC Milling
  • CNC Grinding
  • CNC EDM Sinker
  • Metrology

Sem 3

  • CNC EDM Wire Cut
  • Single And Compound Die Manufacturing
  • Single And Compound Die Assembly
  • Single And Compound Die Tryout
  • Single And Compound Die Maintenance

    Sem 4

    • Progressive Die Design
    • Progressive Die Manufacturing
    • Progressive Die Assembly
    • Progressive Die Tryout
    • Progressive Die Maintenance
    • Production Supervisory
    Prospek Kerjaya

    Graduan bidang Teknologi Pembuatan Perkakasan-Die berpeluang luas memenuhi pasaran kerja dalam sektor pembuatan dan pengeluaran, seperti Juruteknik Pemesinan dan CNC, CNC Programmer, Perekabentuk Mekanikal, Kawalan Kualiti, Die Manufacturing, Die Maintenance dan Penyelenggaraan mesin.

    Peluang Melanjutkan Pelajaran

    Lepasan Sijil Teknologi Pembuatan Perkakasan-Die berpeluang untuk melanjutkan pengajian dalam bidang Diploma Teknologi Pembuatan di ADTEC Melaka dan ADTEC Kulim.

    Skip to content