Biro Pendidikan Majlis Perwakilan Pelajar ILPPG telah menganjurkan Bengkel Pemantapan Wuduk dan Mandi Wajib pada 4-5 Mac 2022 bertempat di Dewan Platinum ILPPG. Bengkel ini telah menerapkan tatacara berwuduk dan mandi wajib sebagaimana Rasulullah SAW melakukannya. Bengkel ini dikendalikan oleh fasilitator-fasilitator di kalangan pelajar yang dilatih khas bagi tujuan tersebut.