Seramai 3 orang MPP dan 9 orang pelajar ILPPG beserta 30 orang anak-anak yatim dan asnaf daripada Rumah Anak Yatim Halo Prihatin Pasir Gudang telah ditaja berbuka puasa oleh Restoran Costa & Chillax Village Senibong.
Majlis Perwakilan Pelajar ILPPG ini dijemput untuk sama-sama beramah mesra dan menyantuni anak-anak yatim tersebut. Pihak pengurusan restoran tersebut turut berbesar hati menjemput Presiden MPP ILPPG, saudara Muhammad Amirudin bin Abu Bakar untuk mengetuai bacaan Doa Selamat dan memimpin Solat Tarawih di sana. Majlis diakhiri dengan aktiviti bergambar dan bersalam-salaman berlatarbelakangkan Selat Tebrau.
