Syarikat Minyak & Gas (Salutary Avenue Sdn Bhd) telah mengadakan Sesi Temuduga Terbuka bagi pelajar-pelajar dari Bahagian Teknologi Kimpalan dan Teknologi Fabrikasi Struktur & Logam pada 10 Mei 2022 (Rabu) bertempat di Bilik Seminar, ILP Pasir Gudang.
Seterusnya pada 11 Mei 2022 (Rabu), Sesi Temuduga Terbuka kedua turut diadakan oleh Syarikat Aceasian Sdn Bhd bagi pelajar-pelajar dari bahagian yang sama. Pegawai CESS, En. Megat Mohamad Faizar bin Abdul Wahab dibantu En Mohd Shukeri bin Shamsuddin telah membantu menjayakan proses temuduga ini.