07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Program yang telah diadakan khas untuk pelajar semester akhir Sesi 1/2022 pada 27 dan 28 Mei 2022 yang lepas adalah sebagai persiapan para pelajar untuk menghadapi alam pekerjaan. Pengisian slot dari pihak JPDC (Johor Petroleum Development Center) mendedahkan peserta program dengan apa yang diperlukan oleh para pelajar yang ingin menceburkan diri dalam Bidang Minyak dan Gas. Selain itu, turut diadakan slot ‘Apa Kehendak Majikan’ dari bahagian CESS, ‘Job Hunting’ dari PERKESO dan ‘Komunikasi di Tempat Kerja’ dari pihak Jobstreet.

Program yang dijalankan selama 2 hari ini secara amnya memberikan banyak input untuk para pelajar melengkapkan diri mereka dengan alam perkerjaan sebenar. Pelajar juga dapat mengetahui bagaimana untuk membuat ?????? lengkap dan bagaimana untuk menghadapi sesi temuduga.
Majlis penutup telah dirasmikan oleh Mr Ramaiah Veerayah pada hari terakhir. Anugerah Pelajar telah diberikan kepada 3 orang pelajar yang paling fokus melalui sedikit sumbangan dari Mr Ramaiah.

Skip to content