Program Latihan Asas Kebombaan Sesi 1/2022 anjuran Briged Bomba dan Penyelamat ILP Pasir Gudang telah diadakan pada 5 Ogos 2022 sehingga 7 Ogos 2022 bertempat di Kem Latihan Wan Family Kampong Stay, Kota Tinggi, Johor. Program yang dijalankan selama 3 hari 2 malam ini telah disertai oleh 36 orang pelajar dan 9 orang Penyelaras Briged Bomba dan Penyelamat ILP Pasir Gudang.
Objektif utama program adalah melengkapkan setiap ahli dengan ilmu secara teori dan amali sesuai dengan Modul Pembelajaran Asas Kebombaan dan mengadakan aktiviti kemasyarakatan bersama komuniti setempat. Para peserta dapat mempelajari teknik asas menyelamat di dalam air dan di tempat datar, ikatan tali serta konsep keselamatan kebakaran. Sepanjang program para peserta dilatih menghadapi cabaran sebenar dengan menjalani pelbagai aktiviti melalui proses mendengar, melihat dan melaksana.