07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Seramai 218 pelajar baru telah mendaftar masuk ke ILP Pasir Gudang bagi Sesi Latihan 2/2022 pada 15 Ogos 2022 (Isnin). Pendaftaran pelajar baru dilihat lebih lancar dengan fasa kelonggaran SOP Covid19 bermula Mei lalu. Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia, En Shakib bin Ahmad Shakir turut meluangkan masa melihat proses pendaftaran pelajar baru sesi kali ini.

Selesai proses pendaftaran masuk, pelajar-pelajar terus menjalani Program Minggu Suai Kenal yang dirancang agar pelajar-pelajar dapat memahami proses latihan yang meraka akan lalui dan juga kehidupan di asrama institut sepanjang mereka berada di ILP Pasir Gudang.

Skip to content