14 Ogos 2022 – Lawatan Muhibbah dari Syarikat AZ Motorsport bersama Pengarah Syarikat, En Norzi bagi membincangkan program SLDN yang akan dijalankan di ILP Pasir Gudang dan juga penempatan pelajar-pelajar ILPPG sebagai pekerja di AZ Motorsport, Cawangan Ke 5. Antara Program SLDN Bahagian Automotif yang telah dijalankan di ILP Pasir Gudang ialah bersama syarikat-syarikat berikut:
1. Alsagoff Garage
2. AKG Autoworks
3. AZ Motorsport
16 Ogos 2022 – Lawatan dari Syarikat Autopassion, Permas Jaya bagi membincangkan program kerjasama di antara ILP Pasir Gudang dan syarikat. Syarikat Autopassion juga telah menawarkan pekerjaan kepada 2 orang pelajar Program Usahasama ILPPG dan SMI.