Bertempat di perkarangan U Sentral Masai Night Market, Pasir Gudang bertujuan menghimpunkan golongan belia dari seluruh Pasir Gudang di dalam pelbagai aktiviti termasuklah aktiviti keagamaan. Program ini bertambah serinya dengan kehadiran YDP Pasir Gudang dan Ahli-ahli MPPG serta para penduduk berdekatan. Kumpulan Qasidah Al Huzaifah Institut Latihan Perindustrian Pasir Gudang telah dijemput untuk mengalunkan bait-bait Qasidah An Nabawiyah dan diikuti bacaannya oleh para penonton. Kumpulan Qasidah Al Huzaifah ini telah ditubuhkan pada tahun 2010 dan ahli-ahlinya terdiri daripada para pelajar usrah ILPPG. Kumpulan ini sering mendapat undangan di pelbagai majlis keagamaan dari sektor kerajaan mahupun sektor korporat.