Majlis Perasmian Penutup TVET Innovation & Creativity Project Competition (TICPRO) 2019 telah disempurnakan oleh YB Timbalan Menteri Sumber Manusia, Dato’ Hj. Mahfuz bin Hj. Omar pada 30 April 2019 di Dewan Kuliah Utama, ADTEC Kemaman. TICPRO 2019 melibatkan 124 penyertaan dari institusi TVET seluruh Malaysia seperti ADTEC, ILP, IKM, KKTM, IKBN, IKTBN, KV, Politeknik, Unisza dan sekolah-sekolah.
TICPRO 2019 telah menobatkan 30 pemenang pingat emas, 30 pemenang pingat perak dan 40 pemenang pingat gangsa. ILP Pasir Gudang diwakili oleh Bahagian Teknologi Automotif yang memenangi pingat Emas bagi projek ‘Easyspark Tester’. YB TM juga turut menyampaikan sijil penghargaan kepada 2 orang pemenang Pra Kelayakan World Skill Malaysia Belia (WMSB) bagi bidang Electrical Installation iaitu Mohamad Sulaimin bin Daud dari ADTEC Kemaman dan Megat Mohd Ridzuan bin Megat Abu Bakar dari ILP Jitra yang akan mewakili JTM dalam peringkat akhir WSMB. Pertandingan dijalankan di Bahagian Teknologi Elektrik Kuasa, ADTEC Kemaman dan berlangsung serentak dengan TICPRO 2019.