07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Program Latihan Kemahiran Johor (PLK) kerjasama ILP Pasir Gudang & SMI Johor telah dijalankan pada 30 Jun 2022 – 17 Ogos 2022 di bawah kendalian Bahagian Teknologi Automotif, ILP Pasir Gudang. Majlis Penutup Program Latihan Kemahiran Johor (PLK) ini dirasmikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia, Encik Shakib bin Ahmad Shakir pada 15 Ogos 2022 di ILP Pasir Gudang. Program yang dijalankan secara sepenuh masa selama 45 hari ini telah disertai oleh 10 orang pelajar Tahfiz sekitar Johor Bahru dan ditaja sepenuhnya oleh SMI Johor.

Melalui program ini, para pelajar dapat mempelajari pengetahuan teori dan kemahiran amali bagi sistem utama kenderaan bermotor dan servis komponen-komponen utama kenderaan. Di samping itu, kemahiran asas penggunaan komputer, penulisan resume dan komunikasi dalam Bahasa Inggeris turut dipelajari oleh para peserta. Kesemua 10 peserta berjaya menamatkan program dan telah ditawarkan bekerja di 5 buah Bengkel Automotif sekitar Pasir Gudang dan Johor Bahru.

Skip to content