Unit Kecemasan dan Pengungsian Bangunan ILP Pasir Gudang telah mengadakan Taklimat Keselamatan Kebakaran dan Latihan Pengungsian Pengosongan Bangunan (Fire Drill) ILPPG Bil. 2/2022 pada 18 Ogos 2022. Taklimat Keselamatan telah diadakan di Dewan Kuliah Utama diikuti Demonstrasi Pemadaman Kebakaran di hadapan Dewan Platinum. Di sebelah malam, Latihan Pengosongan Bangunan (Fire Drill) telah diadakan di asrama penginapan pelajar.
Latihan FireDrill ini turut disertai Pengarah ILP Pasir Gudang, Ts. Dr. Alina binti A.Rahman @Othman, pengawal insiden, pegawai insiden, warden, penyelia asrama, penghuni asrama dan kakitangan ILPPG yang berada di institut pada ketika itu. Pasukan Bomba ILP Pasir Gudang turut hadir semasa sesi latihan untuk memantau keseluruhan latihan yang dijalankan. Latihan ini dijalankan bagi memberi pendedahan kepada semua pelajar baru terhadap aspek keselamatan, tindakan yang perlu diambil apabila kebakaran berlaku serta tatacara pengosongan yang betul sekiranya berlaku kebakaran.