Minggu Suai Kenal Sesi 2/2022 telah dirancang bagi memperkenalkan ILP Pasir Gudang kepada pelajar-pelajar baru, memberi pendedahan terhadap senario kehidupan di institut dan panduan kepada para pelajar mengenai sistem
pembelajaran di ILPPG. MSK 2/2022 yang bermula 15 – 21 Ogos 2022 telah berjaya dilaksanakan dan diakhiri dengan Majlis Penutup dan dirasmikan oleh Pengarah ILP Pasir Gudang, Ts. Dr. Alina A.Rahman@Othman.