SMK Kota Masai 2 telah menjemput Kaunselor ILP Pasir Gudang untuk memberi ceramah bertajuk Menangani Jenayah Seksual Di Kalangan Remaja Sekolah.
Seramai 567 orang pelajar Tingkatan 3 terdiri daripada lelaki dan perempuan telah turut serta mendengar ceramah yang memberi celik akal kepada para pelajar mengenai jenayah seksual untuk mangsa dan pemangsa. Penerangan mengenai hukuman-hukuman yang akan diterima bagi pesalah-pesalah jenayah seksual. Bagi mangsa pula, penerangan berkenaan medium dan apa tindakan yang perlu diambil apabila terlibat dengan kes seksual. Pelajar memberi 100% perhatian dan memberi respon yang baik. Majoriti pelajar dapat menjawab soalan dengan baik semasa sesi soal jawab.