ILP Pasir Gudang telah berjaya memenangi 1 Perak dan 2 Gangsa dalam Pertandingan Johor Youth Skills Competition 2022. Bidang yang berjaya membawa kejayaan ialah Mobile Robotics dan Mechatronic. Seramai 3 orang pelajar turut serta dalam bidang Mechatronic dan 4 orang pelajar turut serta dalam bidang Mobile Robotics; Muhammad Nasrulhaq bin Azman (Gangsa) dan Muhammad Afiq Aiman bin Ismail (Perak) dalam bidang Mobile Robotics telah membawa pulang hadiah berjumlah RM450 dan RM800 beserta piala manakala Muhammad Faryz Zikry bin Azmi dalam bidang Mechatronic membawa pulang hadiah berjumlah RM450 beserta piala.
Hadiah kepada pemenang telah disampaikan oleh YAB Dato Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor di dalam Majlis Penutup Jelajah TVET Johor di Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang. Pertandingan ini diadakan bersempena Program Jelajah TVET Johor 2022. Tahniah kepada barisan jurulatih dan pengiring dalam membawa kejayaan ini buat ILP Pasir Gudang terutama kepada Tc Mohd Azri Fahmy bin Azman, En Ramli bin Kosni dan En Mohd Qayyum bin Mohd Khalid.