07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Pada hari ini, 30 Ogos 2022 (Selasa) telah berlangsungnya kunjungan muhibah penanda aras robotik dari Politeknik Ibrahim Sultan (PIS), Johor diketuai oleh Ketua Jabatan JKE, En Mazlan Bin Karim @ Hussein, bersama-sama pegawai-pegawai jabatan ke ILP Pasir Gudang. Lawatan muhibah penanda aras ini bertujuan menjalin hubungan dan bertukar-tukar idea dan pendapat dalam memajukan bidang robotik bagi pegawai dan pelajar di antara kedua-dua institusi kemahiran negara ini. Kunjungan ini mencatat sejarah sejak penubuhan SCORP Robot Team ILPPG pada tahun 2011 hingga kini dalam pertandingan robot di peringkat kebangsaan. Lawatan dimulakan dengan taklimat oleh Pengerusi SCORP Robot Team ILPPG iaitu Pn Siti Aidah Binti Wardi dan diikuti Taklimat Rekabentuk Robot (Autocad Design), Taklimat Pemesinan (Pembinaan Robot- Mesin CNC) dan diakhiri dengan lawatan ke bilik robot dalam sesi penunjukan bahan-bahan pembinaan robot dan sebagainya. Jamuan kepada para tetamu turut disediakan.

 

Skip to content