Kursus Jangka Pendek Elektrikal Building Automation System & KNX Basic Course (Certified) telah di jalankan selama 14 hari bermula 15 Ogos 2022 hingga 28 Ogos 2022. Kursus ini telah dianjurkan oleh Bahagian Teknologi Elektrik ILP Pasir Gudang dan dibiayai sepenuhnya oleh Skim Latihan Kemahiran Perkasa TVET 1.0 Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK). Peserta kursus bagi kohort pertama ini seramai 20 orang, masing-masing alumni dari ILP Pasir Gudang dan ILP Mersing. Peserta didedahkan dengan teknologi baru ke arah Revolusi Industri 4.0 dalam sistem automasi bangunan di mana kawalan aksesori dan peralatan elektrik dikawal secara automatik.
Kursus ini dijalankan dengan ushasama dari KNX Center iaitu Seikou Systec Sdn. Bhd. Tenaga pengajar dari Seikou Systec, En. Rajesh Sunkari telah memberi pendedahan berkaitan topik-topik KNX System Arguments, KNX Communication, KNX TP1 Topology, KNX Bus Devices, KNX TP1 Installation dan KNX ETS5 Programming, Commissioning & Diagnostic. Selain belajar secara teori dan amali, peserta juga perlu menduduki peperiksaan serta perlu lulus bagi melayakkan peserta mendapat sijil profesional yang di keluarkan oleh KNX Association Belgium. Bagi melengkapkan kursus Modul Electrical Building Automation System Installation, peserta perlu menyediakan portfolio dan menjalani peperiksaan yang diverifikasi oleh Pegawai Pengesah Luaran (PPL).