07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

MPP ILPPG telah mengadakan program Momento Kemerdekaan pada 30 Ogos 2022. Program ini memberikan pengisian ilmiah berkaitan sejarah perjuangan bangsa Melayu dalam menuntut kemerdekaan. Program dimulakan dengan aktiviti memasak bubur lambuk, diikuti dengan pembacaan Yasin serta doa selamat pada jam 6.30 petang. Setiap bahagian membentangkan kreativiti persembahan masing-masing seperti persembahan slide, sajak, nyanyian patriotik, sketsa dan forum agama. Penceritaan ilmiah ini dimulakan daripada sejarah penjajahan Portugis hinggalah pendudukan Jepun di tanah Melayu. Majlis bacaan Maulid turut diadakan sebagai ‘penutup tirai’ kepada program ini. Semoga program ini dapat memupuk perasaan cintakan negara di dalam hati para pelajar.

Skip to content