Pada 31 Ogos 2022, Biro Kebajikan MPP ILPPG telah mengambil inisiatif untuk menjalankan Program Perubatan Alami kepada para pelajar ILPPG yang mengalami demam dan batuk-batuk. MPP telah mengumpulkan para pelajar yang mahir mengurut untuk melakukan urutan badan dan mandian ke atas pelajar yang sakit sebagai terapi awalan rawatan. Para pesakit diberikan ubatan yang diperbuat daripada herba-herba dan madu untuk rawatan batuk. Semua kaedah ini menggunakan petua-petua orang Melayu terdahulu. Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dan dapat mengeratkan persaudaraan di antara MPP dan pelajar.