07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Biro Pendidikan dan Pembangunan Sakhsiah MPP ILPPG telah menganjurkan Program Malam Mutiara Kasih ILPPG bersempena tarikh ulangtahun pemberian nama Surau Al Mawaddah pada 19 September 2022. Program ini dijalankan untuk menguatkan ukhuwah para pelajar ILPPG sekaligus menyemai perasaan cintakan ilmu.
Tiga orang agamawan professional telah dijemput bagi menyampaikan tausiah iaitu Dr. Rashidi bin Salim, Ustaz Zaki bin Hitam dan Ustaz Abu Dzar bin Ghazali. Program ini diakhiri dengan jamuan nasi briani yang disediakan secara bergotong-royong oleh para pelajar.

Skip to content